Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,585
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Egann 3

“APEK! Kau jangan ambik… Apek!!” Membingit suara kecil dan nyaring itu ke langit.

“Hahahahahahaha!!” Surat cinta merah jambu diangkat tingi-tinggi supaya si kecil tidak mampu mencapai dan merampas kembali haknya.

“Jangan kurang ajar laaa… aku cakap jangan!! Apek!!” Pecah nyaring lantangnya, membingit ke seluruh ruang kejiranan pada pagi itu. Ada jiran yang mengintai, ada yang membiarkan.

Syafik di hadapan Elisa tersenyum sinis. “Kalau setakat jerit je, memang daun pun boleh disuruh jadi duit.” Kaki diletakkan di atas pasu-pasu bunga yang terbalik dan dia berdiri tegak di situ sambil mencekak pinggang dengan sebelah tangan. Bibir yang tersenyum lebar cukup berlagak sifatnya bila dilemparkan pada si rambut panjang. Seperti seekor merak yang megah berdiri di singgahsananya dengan dan merenung rendah si gagak yang masih mencari makan di lumpur.

Elisa mendengus. Kertas berlipat berwarna merah jambu di tangan remaja lelaki di hadapannya direnung sekilas. “Kau bagi la balik, Apek!! Kalau tak aku bagitau Saif!”

“Hahah! Apa dia boleh buat?” Ketawa lagi, mengejek.

Mencerun gadis itu dibuatnya dan terasa panas sudah matanya. Dia nak menangis… tapi tak boleh. Tak mungkin kalau di depan Syafik itu! Menangis kerananya seolah-olah memberikan suatu hiburan tambahan baginya.

“Apek…” Merengek sudah dia. “Bagi la…”

“Hmm…” Pemuda 17 tahun itu tersenyum-senyum. Surat cinta berwarna merah jambu di tangan dipandang dan nama yang ditulis di situ dibaca sekilas. “Bubbly giler tulisan kau. Gay mcam pakwe kau jugak.”

Elisa memuncung. Terangkat keningnya kemudian bila Syafik kembali memandang dirinya. “A… apa?”

Tubuh itu direnung. Pada rambut panjang yang kemas dan diikat twin tail, diikat pula dengan getah rambut berbunga. Sisi rambut dikelip dengan kelip bunga, juga pada blouse putih susu dan skirt merah jambu paras lutut. Pakaian yang comel… dan orangnya comel…. Tapi ini ke si comel yang dia kenal selama ni? Nawal yang dia kenal… tak sepatutnya pakai skirt pendek!!

Wajah Syafik memerah menahan marah. Tegang. Darah yang menyirap ke kepala terasa nak memancut keluar dari liang roma. “Sejak bila kau jadi gatal sangat ni?”

Elisa mencerun.

“Kau baru naik sekolah menengah, tapi dah reti nak bagi surat cinta macam ni…” Diangkatnya di depan mukanya sendiri, membaca tulisan buruk macam cacing kerawit itu yang cuba menulis cantik nama si penerima surat. Irfan. Panas…. Hatinya panas…. Elisa spontan menapak setapak ke hadapan, nampak perubahan riak wajah Syafik. Tegang! Dan apa kau nak buat ngan surat aku tu?! Syafik pula memicingkan matanya, masih merenung nama yang ditulis. “Hensem sangat ke Irfan tu sampai kau berubah begini untuk dia?” soalnya pula.

“Salah ke?” Elisa bertanya, menahan geram. Anak mata Syafik merenung wajah yang bersolek nipis itu. Selamba, surat cinta si gadis dikoyak dua. Tanpa riak. Mata Elisa membulat dengan mulut terbuka. Syafik menyambung perbuatannya, mengoyak surat itu kepada empat pula. Kepada lapan. Kemudian dijatuhkan di hadapan gadis itu. Elisa yang masih terlongo memandang cebisan-cebisan suratnya di atas tanah berumput. Perlahan-lahan air mata terjatuh setitis demi setitis. Syafik yang masih tidak beriak dipandang dengan mata berkaca.

“Apa kau…” Tak mampu dihabiskan ayatnya kerana sebak. Bibir terketar bila rawan semakin memakan hati, lalu wajah ditundukkan. Air mata yang pecah semakin lebat membasahi pipi mulus.

Syafik meloncat dari pasu dan bertapak di atas cebis-cebis kertas merah jambu itu. Elisa tersentak. Hati terasa dirobek-robek melihat kasut Nike yang memijak suratnya. Kejam. Apek terlalu kejam… Dia baru nak berkalih, namun lengannya dicapai Syafik lekas. Langkah termati. Elisa menoleh bersama tangis, cuma untuk melihat remaja lelaki itu sedang memberinya senyum.

This is your ugliest face I’ve ever seen.

Tangan itu dilepaskan, dan Elisa menarik hingus cair. Enggan berkata apa-apa, kaki lekas melarikan diri. Remaja lelaki 17 tahun itu sekadar berdiri tegak dan menghantar skirt paras lutut itu pergi dengan pandangan mata.


“ABANG!” Saiful melangkah ke ruang tamu.

Syafik yang bermalasan di sofa, menoleh sekilas. Cerita aksi cina di TV2 ditonton tanpa sebarang riak. Saiful yang melabuhkan punggung di sebelahnya juga dibiarkan sepenuhnya. Entah si adik datang nak berbual, atau berbincang mengenai Elisa, atau nak menonton sama tayangan di hadapan, atau nak mengajak menonton bola di gerai mamak pada malam nanti.

Crazy guy, you are.”

Okay, aku tak expect yang tu. “Apa dia?”

“Eli came for me. Crying. Hahha. Cepatnya progress.”

Kening terangkat sebelah. “Apa dia yang kau nak cakap ni?”

Syafik tersenyum nipis. “Saif tak tahu apa abang dah buat kat Eli… tapi she’s crying rivers. She might end up hating you, abang.” Sisi wajah yang ditutup rambut panjang itu dipandang. “Your pendekatan drastik sangat nampaknya…”

“Drastik apanya…?”

“Abang menyampah sangat ke kat Eli ngan Irfan sampai camtu sekali abang kenakan diorang?”

Tak beriak remaja lelaki itu, namun anak matanya menjeling ke ekor mata, membalas pandangan adiknya. “Kau rela bagi Eli berhubung ngan si bisex tu?”

Well… masih ada cara lain. Macam explain to her thouroughly. Bukannya buat dia nangis sampai muntah macam ni…” Senyumnya hambar. “First time Saif tengok dia berhias macam tu jugak.” Cantik pulak tu, hati menyambung.

“Itu la…” Syafik membalas perlahan, meletakkan kedua belah tangannya ke belakang sofa. Anak matanya merenung tajam iklan Olay di hadapan. Pada model yang memperagakan kulitnya yang cantik dan halus, hati menjadi panas tiba-tiba. “Dia berhias. Untuk si bisex tu.” Nadanya menderam, tanda menahan bara yang cuba nak membakar hati.

Saiful menoleh, melirik senyum kecil. Tak mampu nak melanjutkan kata lagi. Maklum dengan mood swing abangnya yang tak menentu.

Si panas baran.

Muncul seseorang dari pintu dapur. Saiful dan Syafik serentak menoleh, melihat si gadis yang diumpat tadi itu berdiri di sana. Baju yang dipakai sama dengan baju yang tadi. Keduanya terbejat. Air mata Elisa meleleh bagai air terjun Niagara Fall dengan muka haru biru. Kenapa? Sedih sangat ke dengar kami umpat pasal kau?

Saiful bangun, nak mendapatkan gadis itu. “Eli…”

Elisa menarik-narik hingus cairnya. “Makcik… makcik Ainah… pengsan…” Tangannya terketar-ketar ditunjuk ke belakang. Syafik dan Saiful terkedu, berpandangan. Gadis berambut panjang itu mengesat air mata dan hingus cairnya sekaligus. “Makcik Ainah pengsan!! Cepatlah pergi!!” pekiknya. Nyaring! Dan bagai direnjat elektrik, dua beradik itu serentak bangun.

Tapi ke mana?!


MURAM dan suram. Suasana pada petang itu cukup mendung apabila langit ditutup awan tebal. Petanda awal nak hujan. Mujur hujan tidak turun semasa upacara pengebumian ibunya tadi. Kalau tidak, sukarlah mereka nak menanam mayatnya.

Saiful senyap, menahan kaki yang penat berdiri. Dah hampir sejam mereka berdiri tegak di sini sejak penduduk yang membantu mengebumikan mayat tadi, bersurai. Anak mata biru kilat yang diwarisi dari ayah mereka bergerak ke kiri, memandang si abang yang tegak berdiri di sebelahnya. Mata galak itu redup sekali merenung kubur yang masih merah di hadapan mereka. Tiada tanda-tanda abangnya itu berniat nak beralih dari tempatnya untuk balik.

Saiful menghela nafas pendek, lalu menoleh ke belakang pula. Ibu saudaranya masih ada di pondok menunggu – menunggu mereka. Puan Diyana, Elisa dan Awani, adik Elisa yang masih bersekolah rendah itu pun masih ada, sedang menunggu mereka adik beradik. Saiful melepaskan nafas berat, seakan mengeluh.

“Abang…” Kepalanya menoleh. Syafik mendehem tanda mendengar walaupun pandangan matanya tidak lari dari kelopak bunga mawar di atas tanah merah yang berbukit memanjang. “Jom balik…”

“Kau balik la dulu. Abang masih nak teman mak.”

Saiful tersentap, lalu menunduk. Tidak tahu nak cakap apa lagi. Mereka terus berdiri di situ sehingga perutnya berbunyi kemudian. Lapar… tapi diendahkan, namun Syafik menoleh pada si adik akhirnya. Mungkin sebab terdengar erangan perut lapar itu. Saiful menjeling.

“Naper?”

Si abang melirik senyum nipis, menggeleng kecil dan kembali merenung kubur arwah ibu mereka. Ibu yang baru semalam ketawa dengan ulah nakal mereka dan menyediakan makanan yang super lazat untuk mereka adik beradik, tetapi hari ini sudah tiada kerana sudah kembali pada yang Maha Esa. Terlalu tiba-tiba… sehingga dia hampir gagal menerima takdir yang disediakan untuknya. Syafik memejamkan mata. Perit bila mengimbau senyum yang tidak mungkin akan dilihat lagi, sekarang dan hari esok. Jiwa yang memberat ditahan.

Ibu…

Mana ayah….

Wajah berjambang tanpa senyum dengan sinar redup anak mata biru kilat itu samar-samar terbayang di benaknya. Syafik menghempas nafas panjang. Perlahan. Antara kurang senang kerana teringat wajah yang cuba dilupakan, dan kesal dengan diri sendiri kerana mempunyai ikatan dengan ayah berdarah Scottish yang ditolak itu. Cih. Kenapa ibu berkahwin dengan dia?! Walaupun atas perkahwinan merekalah, dia wujud di muka bumi… tapi…!!!

Where is he when she needs him most?” Suaranya menyoal, kedengaran mendesah. Menyesal.

Saiful menoleh, hairan. “He?”

Syafik membuka mata perlahan dan kubur itu direnung lagi. Kali ini lebih sayu. “Ayah…”

Terdiam Saiful. Tiada jawapan untuk itu, bahkan tidak tahu bagaimana nak bereaksi dengannya. Dia tak pasti kalau si ayah yang menghilang itu masih hidup ataupun sudah meninggal.

“Abang rindu ayah?”

Screw that.” Syafik mendengus, membuat Saiful menoleh. Sedikit terperanjat mendengar respon itu. “I’ll punch him if we ever meet again.”

“Huh?”

“Dia yang buat mak terseksa macam ni,” ujarnya perlahan dengan suara tegang. “He’s the main cause for all that happenI won’t forgive him…” Nada itu kedengaran berdendam.

Senyap lagi. Saiful gagal mencari ayat manakala Syafik enggan melontar kata. Dingin.

Kerana ayah yang entah di mana.

“Apek… Saif…” Suara kecil gemersik itu kedengaran kemudian, memanggil. Derap tapak kakinya turut kedengaran pada setiap ranting dan dauh rapuh yang patah dipijak. Saiful menoleh manakala Syafik mengerling. Elisa menguntum senyum hambar. “Jom balik.”

Pemuda 16 tahun itu tak beriak. Abangnya dipandang, dan disoal dengan soalan yang sama dengan menggunakan isyarat kening yang dijungkit – dah boleh balik?

Syafik tersenyum nipis. Nafasnya deras terhembus dan belakang kepala digosok. Huh… “Jom.” Bahu adiknya ditepuk dan dia berkalih, mendapatkan Elisa yang menanti. Saiful spontan tersenyum, lalu mengiringi gadis itu di sebelah kiri.

Elisa pula memandang saja adik beradik tunggal di sebelah menyebelahnya. Si abang beriak kosong pada langit manakala si adik sedang memberi senyum padanya. Elisa tersenyum nipis, lalu tangan kanan dan kiri mencapai tangan kasar kedua-dua jantan sebelum digenggam erat. Syafik dan Saiful serentak menoleh. Gadis comel itu memberi senyum ceria.

“Jom balik. Ke rumah.”

Saiful tersenyum, membalas pegangan si gadis manakala Syafik mengangkat tangan kecil itu ke udara. “Bukan ke aku dah pesan jangan gatal?”

“Kau taknak, takpe.” Pegangan dilepaskan.

“Aku nak!” Lekas tangan si kecil ditarik kembali. Saiful yang melihat lalu tertawa.


KELOPAK mata perlahan-lahan terbuka, dan wajah didongakkan ke langit. Awan putih yang terapung tanpa benang di langit biru di atas menghiasi pandangan. Kepulan awan itu kelihatan bergerak, dan terasa juga angin menyapa anak rambut yang jatuh di dahi. Tangan diletakkan ke belakang, menyokong tubuh dan kaki dilunjurkan terkangkang di padang rumput itu. Wajah si ibu terapung di benaknya, tersenyum padanya. Sudah dua minggu berlalu, dan kehilangan itu masih berbisa menyengat. Syafik menghela nafas panjang. Cuba mengawal perasaan.

“Saif.” Nama si adik diseru. Saiful yang duduk di sebelahnya sambil bermain PSP mendehem anak tekak tanda mendengar.

“Hm?”

“Kau rasa betul ke tindakan kita jual rumah tu?”

Si adik menoleh. “Bukan ke abang yang decide tak tanya pendapat Saif?”

Liur diteguk. “Selama ni ibu yang bayar elektrik, air, beli makanan bagai… kita takda duit nak bayar semua tu. Lagipun tahun depan, kau kena bayar yuran sekolah pulak.” Mata dipejam lagi. “Maybe I should find work.”

Saiful senyap, lalu PSP diletakkan ke tepi. Kaki dilunjurkan dan tangan menongkat tubuh ke belakang. Wajah didongakkan ke langit. Angin yang bertiup menyejukkan peluh yang membentuk daki pada lipatan kulit di leher. “Makcik Diyana sendiri bersetuju dengan tu kan… we get to live with Eli under the same roof.”

“Tak lama pun… nanti kita balik ke kampung jugak, duduk dengan atuk ngan nenek.”

“Atuk nenek?”

“Lepas kau habis SPM.”

“Ohh…” Awan dipandang lagi.

Senyap seketika. Hilang topik perbualan. Syafik merenung halkum si adik yang nampak pada batang leher. Sisi rambut ditolak ke belakang kepala bila angin menolak helaian yang merimaskan itu ke wajah. Rambut panjangnya diikat lalu.

“Saif…”

“Em…”

“Apa kau akan jadi in the next ten years?”

“Apa Saif akan jadi… insan berguna kut.”

Bibir meleret senyum dan mata birunya turut ditala ke langit. Meniru cara duduk si adik. Di atas sana nampak tenang. Dia sangat sukakan langit, kerana di sana ada ketenangan yang dia tak pasti dari mana puncanya. Syafik merendahkan tubuh ke belakang hingga berbaring di tilam rumput itu. Terlentang seperti bintang. Tanah lapang kecil yang disediakan Majlis Tertinggi pekan ini untuk kanak-kanak bermain, tapi tak salah mereka pun join lepak, kan? Hak milik semua orang.

“Kalau abang… when I grow old, I want to see the world. I want to know how vast the world is.” Tangan dikembangkan ke atas. Saiful menoleh, manakala Syafik meleret sengih. “Ibu pernah cakap nak bawa kita pergi pegang salji, jadi abang nak pergi tempat bersalji dan bawa salji tu kat ibu pulak.”

Tergelak Saiful dibuatnya. Dah macam dengar angan-angan budak sekolah rendah yang kerja berkepit ngan mak je. “Macammana nak bawak salji tu balik ke sini?”

Ice box kan ada.” Sengih.

“Hmm…” Tersengih sama. “Saif pulak… nak jaga isteri Saif… anak-anak Saif… supaya diorang tak keseorangan…”

Menoleh Syafik dibuatnya. “Dah fikir pasal kahwin dah?!” Terperanjat dia. Adik beradik lelaki itu berpandangan sebelum… “Bhahahahahahaha!!” Syafik tergelak besar. Galak! Hingga terhinjut-hinjut tubuh yang terbaring itu. Lenguh perutnya lalu ditekan. Saiful memicing matanya.

“Naper gelak?” Geram.

Syafik masih ketawa. Kelakar rasanya. “Angan-angan kau tu macam angan-angan perempuan. Hahahaha… ey, Nawal Saiful-chan? Hahaahaha!!” Ketawa lagi. Lebih kuat.

Saiful memuncung. Rumput digenggam cabut dan dibaling pada si abang. “Saif cuma taknak anak-anak Saif nanti rasa apa yang kita rasa… rasa apa yang ibu rasa…” Gelak Syafik perlahan-lahan memudar sebelum terhenti. “Cuma sebab peranan ayah takda kat rumah.”

Syafik mengalih kepalanya ke tepi. Berat. “Jauh benar kau berfikir. Kalau macam tu kau nak kahwin ngan sapa?” soalnya, kembali berbaring dengan tangan dilipat ke belakang untuk mengalas kepalanya. Anak mata kembali menentang awan putih di atas sana, juga pada dedaunan pada pokok yang bergerak dibelai angin.

Saiful tidak menjawab. Syafik sama senyap, tidak mengharap soalannya berjawab.

“Abang.”

“Em?”

Do you like Eli?”

Automatik keningnya bercantum mendengar soalan si adik. Syafik menoleh. “Dah kenapa tiba-tiba tanya soalan tu?”

Saiful menoleh. “Iye la…. Abang marah giler bila dia bersolek untuk orang lain, abang masih panggil dia dengan nama cantik tu, abang macam jealous bila Eli layan Irfan lebih intim dari dia layan abang…” Bahu dijungkit. “Simptom semuanya macam abang suka kat dia.”

Rahang ternganga rendah. “Kau pandai je buat spekulasi tak tanya dulu respondent tentang perasaan dia yang sebenarnya macammana. Nawal is nothing more but a younger sister. And of course abang taknak adik abang terlibat dengan manusia dua alam tu. Abang nak dia jadi perempuan yang baik, bukannya perempuan skirt pendek. Dan abang lagi suka tengok dia dengan kau berbanding dengan Irfan.”

Si mata kuyu itu membesar sedikit dari saiz normal. “Digandingkan dengan Saif? Dengan Eli? Wow, joke of the century. Saif prefer dia dengan abang, honestly.”

“LOL! Kau nak minah tu jadi kakak ipar kau?”

Sesaat. “Cadangan dibatalkan.”

“Thahahahahaha!!”

“Heh.” Saiful melepaskan nafas pendek, ketawa tak bersuara. Bersahaja. Tidak mudah melatah dan tidak ambil kisah terhadap isu begini. Saja je nak bertanya. Mulut baru nak meneruskan perbualan sebelum terdengar pertelingkahan tiba-tiba. Suara-suara yang kecil dan nyaring. Pertelingkahan perempuan. Tapi suara kecil yang hampir garau itu memang dikenali mereka. Saiful dan Syafik berpandangan.

“Eli!”

“Nawal!”

Kedua-duanya serentak bangkit.
Previous: Egann 2
Next: Egann 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.